Usop timang cahaya mata sulung

Usop timang cahaya mata sulung

PENYANYI dan Bintang Big Stage 2020, Usop selamat menyambut kelahiran kelahiran cahaya mata sulung yang diberi nama Muhammad Saif Umar, malam tadi.

Khabar gembira itu dikongsi Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, menerusi Instagram awal pagi ini.

“Alhamdulillah, Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri saya,” tulisnya.

Terdahulu, kira-kira lewat petang semalam Usop ada memuat naik sekeping foto sedang memegang erat tangan isterinya ketika dimasukkan ke hospital bersalin.

Usop mendirikan rumah tangga dengan Nur Fatihah Md Hashim, 25, pada 4 Febuari lalu.

Majlis akad nikah pasangan itu dibuat secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Penaga, Pulau Pinang. – Malaysiapost

Komen