Hubungan Putrajaya-Sarawak terus diperkukuh – Anwar

Hubungan Putrajaya-Sarawak terus diperkukuh – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan hubungan Putrajaya dengan Sarawak akan terus diperkukuhkan dalam kelangsungan Kerajaan Perpaduan. 

Anwar berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah sebahagian tonggak dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya. 

“Pagi ini saya menerima kunjungan dari Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg bersama rombongan di rumah. 

“Gabungan Parti Sarawak atau GPS menjadi di antara tunggak selain Barisan Nasional, Warisan dan juga GRS yang membentuk Kerajaan Perpaduan yang dikemudi saya. 

“InsyaAllah, hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. 

Kelmarin, Anwar yang merupakan Pengerusi PH telah dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia setelah berjaya mendapat sokongan BN, GPS, GRS dan Warisan. – Malaysiapost

Komen