CBP tawar pembiayaan perumahan-i Al-Amali

CBP tawar pembiayaan perumahan-i Al-Amali

LEBIH separuh rakyat Malaysia dilaporkan tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri, termasuk menerusi skim perumahan yang ditawarkan kerajaan disebabkan pelbagai faktor yang menjurus kepada aspek kewangan.

Justeru, Co-opbank Pertama (CBP) turut mengambil inisiatif menawarkan pembiayaan perumahan-i Al-Amali  berkonsepkan Murabahah Tawarruq.

Malah lebih istimewa, jumlah dan had pembiayaan ditawarkan mencecah sehingga RM10 juta.

“Ini antara usaha CBP untuk membantu orang ramai memiliki rumah dengan kadar serendah 3.25 peratus dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.

“Jenis pembiayaan yang kami tawarkan termasuklah dalam kategori rumah siap, dalam pembinaan, dan lelongan

“Tidak ketinggalan kategori yang ditawarkan merangkumi pembiayaan semula baki pembiayaan rumah dan mencagar semula rumah,” kata CBP menerusi satu kenyataan.

Menerusi kenyataan itu lagi, CBP menawarkan pembiayaan perumahan ini khusus untuk warganegara Malaysia.

“Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan produk perbankan yang ditawarkan boleh berkunjung ke 29 buah cawangan CBP di seluruh negara atau layari www.cbp.com.my atau hubungi CBP di talian 1-300-88-7650,” katanya. – Malaysiapost

Komen