Sultan Johor berkenan terima Anwar mengadap

Sultan Johor berkenan terima Anwar mengadap

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur, hari ini.

Pertemuan itu dikongsikan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim yang turut memuat naik beberapa gambar pertemuan berkenaan.

Terdahulu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim bersama Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ahmad turut dilaporkan menerima mengadap Anwar, semalam.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.

Pelantikan itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pada Khamis lalu. – Malaysiapost

Komen