11 terkorban tanah runtuh ketika upacara pengebumian di Yaounde

11 terkorban tanah runtuh ketika upacara pengebumian di Yaounde

SEKURANG-KURANGNYA 11 orang terkorban apabila berlaku tanah runtuh ketika upacara pengebumian di ibu negara Cameroon, semalam.

Tragedi itu turut memaksa pasukan penyelamat menggali runtuhan dengan bantuan lampu suluh kerana khuatir mungkin ada mangsa yang masih hidup.

Gabenor Wilayah Pusat, Naseri Paul Bea, yang dipetik berkata pencarian mangsa yang terselamat diteruskan sehingga malam.

“Di tempat kejadian kami mengira sebanyak 10 mayat, tetapi sebelum ketibaan kami, difahamkan empat mayat sudah dibawa keluar,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kawasan tanah runtuh itu sebagai lokasi yang sangat berbahaya dan menggesa orang ramai beredar sebelum pihak berkuasa masuk untuk membersihkannya.

Wartawan AFP di lokasi kejadian menyaksikan polis mengambil mayat yang ditutup kain putih sejak awal petang semalam.

Penduduk memberitahu AFP, beberapa keluarga berkumpul di bawah khemah besar di puncak bukit apabila tanah di mana mereka berdiri tiba-tiba runtuh.

Difahamkan terdapat empat khemah putih besar di puncak bukit, dengan tanah sudah terhakis tetapi polis melarang mereka menghampiri kawasan berkenaan. – Malaysiapost

Komen