Kerajaan hari ini kukuh, stabil – Asyraf Wajdi

Kerajaan hari ini kukuh, stabil – Asyraf Wajdi

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan pembentukan kerajaan hari ini dengan majoriti dua pertiga akan mewujudkan pentadbiran negara yang stabil.

Beliau berkata, apabila Perikatan Nasional (PN) menolak tawaran untuk menyertai Kerajaan Perpaduan, maka rupa bentuk Kerajaan sudah berubah kepada sebuah ‘Grand Coalition’ atau Kerajaan Permuafakatan Besar.

“Ia membabitkan parti-parti politik Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Bangsa Malaysia (PBM), Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Bebas,” katanya.

Beliau berkata, setakat hari ini iaitu komposisi kerajaan adalah 148 kerusi, manakala pembangkang 73.

“Dengan permuafakatan yang membentuk kerajaan yang kukuh dengan mencapai majoriti 2/3 ini, diharapkan sebuah pentadbiran negara yang stabil dapat beroperasi demi mewujudkan keyakinan pelabur sekali gus mencapai kemakmuran yang didambakan rakyat.

“Pembangkang juga dapat berperanan dengan lebih efektif sebagai ejen semak dan imbang yang baik untuk perjalanan sistem demokrasi yang mampu memanfaafkan dan mensejahterakan rakyat,” katanya. – Malaysiapost

Komen