Tahniah! Chong Wei timang cahaya mata ketiga.

Tahniah! Chong Wei timang cahaya mata ketiga.

BEKAS jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya, hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Ching Wei menerusi Facebook miliknya yang memaklumkan, isterinya Datin Wong Mew Choo selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Anson Lee.

Dalam hantaran itu, Chong Wei turut memuat naik sekeping gambar beliau bersama isteri dan ahli baru keluarga mereka sejurus selepas dilahirkan.

“Terima kasih kepada isteri tersayang saya atas segala pengorbanan,” katanya.

Hantaran di Facebook itu setakat ini meraih lebih 770 shares dan dibanjiri lebih 7,000 komen rakyat Malaysia yang tidak putus memberi ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen, selain ucapan tahniah, rata-rata netizen mendoakan bayi lelaki itu akan mengikuti jejak bapanya menjadi jaguh dunia dalam sukan badminton.

“Tahniah Datuk! Next champion!Selepas adik beradik Sidek, kita ada adik beradik Lee masa akan datang!

“Tahniah Datuk dan Datin. Selamat datang Anson Lee,” demikian antara komen netizen.

Chong Wei dan Mew Choo sebelum ini sudah mempunyai dua cahaya mata lelaki, Kingston dan Terrance Lee. -Malaysiapost

Komen