Anwar mengadap Agong buat pertama kali selepas dilantik PM ke-10

Anwar mengadap Agong buat pertama kali selepas dilantik PM ke-10

YANG di-Pertuan Agong berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, pada petang hari ini.

Pihak Istana Negara dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, memaklumkan sesi mengadap berkenaan bermula jam 5 petang.

“Sesi menghadap ini adalah kali pertama buat Anwar sejak beliau menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lepas di Istana Negara,” katanya.

Istana Negara turut memuat naik gambar pertemuan pemimpin negara itu dalam hantaran berkenaan. – Malaysiapost

Komen