DAP tunjang kerajaan Anwar – Ummah

DAP tunjang kerajaan Anwar – Ummah

GERAKAN Pembela Ummah (Ummah) menyifatkan Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sebuah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berteraskan DAP.

Pengerusinya Mohd Zai Mustafa berkata, DAP yang memiliki 40 Ahli Parlimen akan mengembalikan igauan ngeri 22 bulan rakyat Malaysia ketika PH memerintah pada 2018.

“Kerajaan yang yang terbina hari ini adalah sebenarnya hasil manipulasi dan helah Anwar-Zahid (Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kepada yang YDPA (Yang di Pertuan Agong) juga sebuah kerajaan PH yang berteraskan DAP – 40 Ahli Parlime yang pernah menjadi igauan buruk selama 22 bulan suatu masa lalu 2018.

“Malah kerajaan perpaduan yang diarah dipromosikan kepada media hanyalah nama yang dicipta bagi menghalalkan tindakan gabungan Umno dan PH yang berteraskan DAP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zai berkata, DAP adalah satu parti yang sangat alergik kepada orang Melayu muslim dan membawa ideologi liberalisasi agama dan melayu.

“Parti yang cuba membawa dan menghidupkan semula perjuangan komunis dalam pendidikan melalui buku komik yang disebarkan disekolah dan mengangkat sejarah komunis dengan membawa masuk abu mayat Cheng Peng untuk ditaburkan di Banjaran Titiwangsa.

“Parti yang yang menghentam melayu dalam ucapan mereka berdasarkan Deklarasi Setapak 1967 yang menghalang penguasaan kaum melayu dan Islam. Mereka mahu sama rata sama rasa,” katanya.

Mohd Zai menjelaskan, DAP juga parti yang sentiasa mempertahankan pendidikan sekolah swasta vernakular dengan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dasar pendidikan mereka malah sistem peperiksaan UEC sendiri yang membawa kepada sekolah dua aliran di negara ini sekali gus membantu melebarkan lagi jurang perpecahan kaum yang besar diantara cina dan melayu kepada generasi muda hari ini.

“DAP juga yang mempuyai dan menguasai persatuan perniagaan yang mampu membuat kawalan keatas ekonomi dengan cara monopoli dan kartel yang akhirnya mensabotaj ekonomi negara seperti kartel ayam dan telur serta lain-lain.

“DAP juga sedang berusaha
kearah membentuk polisi bagi menguasai pentadbiran kerajaan tempatan dengan satu cadangan mewujudkan pilihanraya kecil pemilihan ahli majlis kerajaan tempatan.

“Umum semua tahu kawasan bandar dan bandar kecil penduduk adalah majoriti dikuasai oleh kaum cina,” katanya.

Mohd Zai turut membidas DAP yang memiliki pemimpin terpalit kes mahkamah.

“DAP juga tidak terlepas daripada kartel rasuah seperti kes pendakwaan rasuah terowong di Pulau Pinang dan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dengan kes Banglo harga murahnya.

“Akhir sekali DAP adalah satu parti yang sangat anti Islam apabila pemimpin mereka memberi amaran bahawa jika parti Melayu-Islam menang negara ini akan menjadi seperti negara Taliban yang akan menindas dan menzalimi kaum cina dalam kempen pilihanraya mereka.

“Kenyataan mereka yang menyokong arak, LGBT, pusat hiburan dan kelab malam , kongsi gelap ganster serta anti RUU 355 memperlihatkan wajah sebenar mereka. Suara-suara yang tidak puas hati untuk menghapuskan Jakim sentiasa menjadi wirid mereka,” katanya. – Malaysiapost

Komen