Jamal dipanggil ke Bukit Aman

Jamal dipanggil ke Bukit Aman

KETUA Unmo Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi ini.

Perkara itu dikongsi Jamal menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Menerusi hantaran itu, Unit Media Jamal memaklumkan beliau bersendiran tanpa ditemani sesiapa termasuk peguam masuk ke Bukit Aman.

Dipercayai, Jamal dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kononnya beliau melalui Gerakan Baju Merah cuba melakukan himpunan bagi menjatuhkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, Jamal dalam siaran langsung di media sosialnya beberapa hari lalu menafikan penglibatan beliau dalam usaha tersebut.

Beliau turut menyatakan taat setia kepada Ahmad Zahid dan meminta akar umbi Umno juga bersama mendukung presiden Umno itu.

Jamal suatu ketika dulu pernah mengetuai Gerakan Baju Merah bagi menentang gerakan Bersih yang mamakai baju kuning sekitar tahun 2014, 2015 dan 2016 namun telah lama tidak aktif. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Datuk Seri Jamal Yunos

Komen