Legenda bola sepak Kelantan meninggal dunia

Legenda bola sepak Kelantan meninggal dunia

LEGENDA bola sepak Kelantan, Mohd Hashim Mustapha, 57, meninggal dunia pada jam 10.25 malam ini di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Berita sedih itu dikongsikan melalui laman Facebook Kelantan United FC yang merakamkan ucapan takziah buat semua ahli keluarga Allahyarham.

“Dukacita dimaklumkan, legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha telah meninggal dunia sebentar tadi.

“Kelantan United FC merakamkan ucapan takziah buat semua ahli keluarga Allahyarham dan berharap mereka bertabah berdepan saat sukar ini.

“Pemergian Allahyarham satu kehilangan besar buat bola sepak Kelantan dan Malaysia khususnya. Doa mengiringi, ditempatkan Allahyarham dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut perkongsian itu.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan menantunya, Mohd Nizab Ayub berkata, bapa mentuanya itu menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.

“Urusan pengebumian akan dilakukan pada esok (Rabu),” katanya. – Malaysiapost

Komen