Pemuda Umno sokong kerajaan tak benar lulus perolehan tanpa tender

Pemuda Umno sokong kerajaan tak benar lulus perolehan tanpa tender

PEMUDA Umno menyokong penuh ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu berlaku lagi kelulusan perolehan tanpa tender di bawah kerajaan baharu pimpinannya.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah tersebut boleh mengelak penyelewengan serta ketirisan wang kerajaan.

“Sokong 100%. Tutup ruang segala bentuk yang boleh menjurus kepada ketirisan, kebocoran, penyelewengan dan rasuah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, kerajaan perpaduan pimpinannya tidak akan membenarkan sebarang kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

“Soal perolehan, soal kelulusan tanpa tender ini tidak boleh lagi terus dengan mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah. Ini tidak boleh lagi dan harus berlaku di semua peringkat.

“Maka untuk peringkat awal ini, saya ingin menggesa dan mengajak saudara (penjawat awam) untuk sama-sama dalam pasukan ini,” katanya. – Malaysiapost

Komen