Penyokong BN semakin ramai sokong PN – Tuan Ibrahim

Penyokong BN semakin ramai sokong PN – Tuan Ibrahim

TIMBALAN Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa penyokong Barisan Nasional (BN) kini semakin ramai menyokong Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, keadaan itu susulan kekecewaan penyokong BN dengan penggabungan PH dan BN.

“Alhamdulillah, penerimaan rakyat cukup baik. Kami amat terharu dan sedar sokongan daripada penyokong BN juga semakin ramai.

“Mereka amat kecewa dengan penggabungan PH dan BN. Undi BN = Undi PH/DAP,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut menggambarkan keadaan itu dengan penerimaan rakyat terhadap calon PN daripada PAS, Nor Idayu Hashim, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang sedang berlangsung ketika ini.

“Calon PN, Nor Idayu Hashim terus melangkah mendekati pengundi sekitar Kampung Janglau, Tioman.

“Kali ini, beliau bersama pasukan medik memberi khidmat pemeriksaan percuma untuk rakyat,” katanya.

Nor Idayu yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Rompin menggantikan calon PN sebelum ini, Allahyarham Md Yunus Ramli yang meninggal dunia, pada 19 November lalu.

Ekoran kematian calon itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 November lalu sebagai hari penamaan calon dan undi awal pada 3 Disember, manakala hari pengundian bagi kerusi DUN itu pada 7 Disember depan. – Malaysiapost

Komen