SMK Datok Lokman perlu dana kecemasan, baiki 12 kelas rosak akibat ribut

SMK Datok Lokman perlu dana kecemasan, baiki 12 kelas rosak akibat ribut

SEBANYAK 12 kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datok Lokman, di Kampung Pandan, Kuala Lumpur terjejas teruk, dilanda ribut semalam.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata keadaan bumbung yang rosak itu menyebabkan pelajar tingkatan empat dan lima tidak dapat menggunakan kelas itu bagi sesi pembelajaran.

“Pengerusi PIBG sekolah tersebut Encik Sabri telah memaklumkan kepada saya bahawa sekolah ini mengalami kekurangan bajet untuk membaiki kerosakan ini.

“Saya berharap Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh memohon bajet ’emergency’ (kecemasan) daripada Kementerian Kewangan Malaysia untuk meluluskan pembaikan sekolah ini dengan secepat mungkin.

“Ini supaya pelajar yang terjejas ini dapat menggunakan 12 bilik darjah tersebut dengan segera terutama mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac tahun hadapan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost

Komen