Syifa, Safawi sah bergelar suami isteri

Syifa, Safawi sah bergelar suami isteri

PEMPENGARUH Syifa Melvin, 28, dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 25, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, malam tadi.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Pada majlis itu, pasangan terbabit dinikahkan jurunikah, Ustaz Khairil Nizam dan disaksikan bapa pengantin perempuan iaitu Amirol Melvin.

Dalam majlis berkenaan, Safawi atau nama sebenarnya Muhammad Safawi Rasid juga menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan.

Menerusi hantaran di Insta Story milik Syifa, pasangan dua sejoli itu kelihatan manis dalam persalinan berona krim.

Majlis terbabit dihadiri lebih 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan kenalan rapat.

Sebelum ini, pasangan ini mengambil keputusan mengunci mulut mengenai pernikahan mereka walaupun kad undangan majlis ijab dan qabul sudah tersebar.

Persiapan malam berinai juga telah dikongsikan salah seorang adik beradik kepada Syifa menerusi hantaran InstaStory, awal pagi semalam.

Hari bahagia pasangan dua ini menjadi tanda tanya selepas video penyokong JDT menyanyikan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada Safawi di stadium baru-baru ini turut tular di TikTok.

Turut tular kad jemputan majlis bertandang mereka bakal berlangsung pada 3 Disember nanti. – Malaysiapost

Komen