BN Sabah yakin Anwar mampu bangunkan negara – Bung Moktar

BN Sabah yakin Anwar mampu bangunkan negara – Bung Moktar

BARISAN Nasional (BN) Sabah yakin Perdana Menteri Malaysia ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu membangunkan negara dengan jayanya. 

Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin, menyatakan keyakinan itu selepas membuat kunjungan hormat kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan hari ini.

“Hari ini BN Sabah membuat kunjung hormat kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.

“Membincang isu-isu semasa dan pembangunan serta hala tuju negeri Sabah.

“BN Sabah yakin PM ke-10 akan dapat membangun negara dan rakyat dengan jayanya,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah turut berkongsi beberapa gambar pertemuan berkenaan dalam hantaran terbabit.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu, BN memenangi  tujuh kerusi Parlimen di Sabah dan turut menyokong pembentukan kerajaan perpaduan bersama PH. – Malaysiapost

Komen