Bukan Islam tidak dominasi kerajaan – Asyraf Wajdi

Bukan Islam tidak dominasi kerajaan – Asyraf Wajdi

TERDAPAT pihak yang dilihat masih memainkan sentimen kaum dan Agama kononnya kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) didominasi bukan Melayu dan bukan Islam.

Bagi menjelaskan perkara itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil menegaskan bahawa majoriti Ahli Parlimen dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah Bumiputera Islam.

“Faktanya: Ahli Parlimen Bumiputera Melayu Islam (PH+BN+GPS) = 68 orang. Ahli Parlimen Cina = 34 orang. Ahli Parlimen India = lapan orang. Ahli Parlimen lain-lain = dua orang.

“Justeru Kerajaan Perpaduan Malaysia jika mengambil kira tiga parti utama PH, BN dan GPS sahaja Ahli Parlimen Bumiputera Islam adalah yang terbesar iaitu 68 orang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, jumlah berkenaan tidak termasuk Ahli Parlimen daripada parti-parti lain yang beragama Islam dan turut bergabung serta menyokong kerajaan perpaduan.

“Warisan tiga orang dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga tiga orang.

“Maka keseluruhan Ahli Parlimen Bumiputera-Melayu beragama Islam Kerajaan Perpaduan Malaysia adalah 74 orang iaitu yang paling tinggi dan majoriti,” tegasnya. – Malaysiapost

Komen