Harga RON95, diesel kekal

Harga RON95, diesel kekal

HARGA runcit produk petroleum bagi tempoh 1 hingga 7 Disember ini menyaksikan RON95 dan diesel kekal, manakala RON97 turun sebanyak 10 sen seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan harga runcit berkenaan yang dibuat berdasarkan penetapan harga secara mingguan menggunakan formula ‘Automatic Pricing Mechanism’.

“Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen daripada RM3.95 kepada RM3.85 seliter.

“Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter,” menurut kenyataan itu.

Menurut Kementerian Kewangan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan. Namun, harga runcit petrol RON97 diturunkan selaras dengan pergerakan harga pasaran.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – Malaysiapost

Komen