Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas kewangan RM1,500

Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas kewangan RM1,500

KERAJAAN Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas RM1,500 kepada penjawat awam negeri itu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata jumlah pembayaran membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM13 juta.

Katanya, bantuan khas berkenaan akan dibayar pada Januari depan sebagai menghargai kakitangan awam di negeri itu.

“Memandangkan prestasi kewangan kerajaan negeri memberangsangkan dan kita mencatatkan belanjawan lebihan selama lima tahun berturut-turut, sudah sampai masanya kita menghargai penjawat awam yang bekerja bersungguh-sungguh.

“Kita bersetuju memberi bantuan khas kepada penjawat awam RM1,500. Bantuan khas ini paling tinggi direkodkan untuk penjawat awam negeri.

“Jumlah keseluruhan membabitkan sebanyak RM13 juta yang akan dibayar pada Januari tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini. – Malaysiapost

Komen