Tabung bantuan untuk Nad Zainal dilancar

Tabung bantuan untuk Nad Zainal dilancar

SATU tabung kecemasan mengutip sumbangan buat pelakon Nad Zainal yang masih merima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta dilancarkan.

Tujuan tabung tersebut dilancarkan bagi membantu pelakon yang juga ibu kepada dua org anak itu yang telah dimasukkan ke hospital sejak lebih seminggu lalu.

Pengarah dan juga penerbit Shahrulezad, berkongsi poster berkenaan tabung tersebut menerusi hantaran di Instagramnya, semalam.

“Ramai sudah maklum mengenai pelakon Nad Zainal yang masih dirawat di wad ICU sejak minggu lalu.

“Tabung Kecemasan ini adalah insiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan di hospital pakar, sekali gus membantu meringankan beban keluarganya.

“Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk membantu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shahrulezad juga meminta orang ramai mendoakan agar Nad kembali pulih dan sihat seperti sediakala.

“Jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan post (perkongsian) ini agar lebih ramai dapat turut membantu,” katanya.

Penderma yang bermurah hati untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB Pertubuhan Kebajikan As Siddiq menggunakan nombor akaun, 8604978484.

Dalam hantaran sama, pemilik rumah produksi RadiusOne itu turut berkongsi alamat e-mel, nfo@assiddiqaid.com untuk penderma memberikan resit sebagai bukti sumbangan.

23 November lalu, media melaporkan Nad Zainal kini sedang kritikal di ICU Hospital Ampang Puteri dipercayai akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Perkembangan terkini pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu dilaporkan semakin baik apabila dia mula buka mata dan kurang bergantung kepada mesin oksigen.

Keadaan luka pada bahagian paru-paru pelakon itu juga semakin baik. – Malaysiapost

Komen