Agong terima watikah 12 perwakilan asing

Agong terima watikah 12 perwakilan asing

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Istiadat Persembahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap 12 Ketua-Ketua Perwakilan Asing ke Malaysia di Istana Negara, hari ini.

Istana Negara dalam satu perkongsian di laman Facebook rasminya, memaklumkan istiadat berkenaan turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

“Ketua-ketua perwakilan asing berkenaan ialah Jose Luis Pardo Cuerdo dari Sepanyol, Betty Oyella Bigombe (Uganda), Jacques Louis Werner (Belanda), Valeria Csukasi (Uruguay), Peter Van Acker (Belgium), Dilli Raj Poudel (Nepal), Florence Buerki Akonor (Ghana), Ali Hussain Didi (Maldives) dan Yeo Seung-bae (Korea).

“Selain itu, Fleming Raul Duarte Ramos dari Paraguay, Houssein Sidi Abdellah Deh (Mauritania) dan Tumur Amarsanaa (Mongolia),” menurut perkongsian itu. – Malaysiapost

Komen