BN, PH kita kawan – MB Pahang

BN, PH kita kawan – MB Pahang

BARISAN Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kini adalah ‘kawan’ dan bukan lagi musuh sebagaimana sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Ia diakui sendiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang pertama kali berkongsi pentas ceramah bersama pemimpin PH malam tadi.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang itu hadir ceramah umum sempena kempen PRU15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang turut disertai Presiden Amanah, Mohamad Sabu, malam tadi.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Wan Rosdy menulis ringkas – Kita kawan – sambil berkongsi beberapa gambarnya bersama pemimpin serta penyokong BN dan PH.

Ceramah yang diadakan di Kuala Rompin itu turut dihadiri Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dan bekas pemimpin PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Ceramah bersama itu diadakan selepas PH mengambil keputusan memberi laluan kepada calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain pada PRU15 DUN Tioman, 7 Disember ini.

BN dan PH membentuk kerjasama bagi menubuhkan kerajaan negeri di Pahang yang menyaksikan Wan Rosdy kembali diangkat sebagai Menteri Besar. – Malaysiapost

Komen