Hubungan PH-BN di Perak diperkukuh – Mujahid

Hubungan PH-BN di Perak diperkukuh – Mujahid

PAKATAN Harapan (PH) Perak akan mengeratkan hubungan dengan Barisan Nasional (BN) di negeri itu, sejajar kerjasama kedua-dua gabungan yang membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata usaha itu dibincangkan dalam pertemuan empat mata beliau dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

“Banyak diperbincangkan (pertemuan dengan Saarani), antara lainnya mengeratkan hubungan antara parti BN dan PH sebagai kerajaan yang dimandatkan.

“Kami turut membincangkan jalan ke hadapan membina negeri yang makmur untuk warga Perak.

“Selain memastikan kestabilan politik berkekalan sebagaimana dihasratkan oleh Paduka Tuanku Sultan Perak,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Selepas PRU15 lalu, PH menjalinkan kerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri di Perak dengan Saarani yang juga Pengerusi BN negeri, dilantik semula sebagai Menteri Besar. – Malaysiapost

Komen