JAWI dibantu kru kapal lepaskan 6.8 tan ketulan abu Al-Quran ke laut

JAWI dibantu kru kapal lepaskan 6.8 tan ketulan abu Al-Quran ke laut

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama beberapa agensi menyempurnakan aktiviti pelepasan 6.8 tan abu Al-Quran ke laut petang semalam.

Pegawai dan kakitangan JAWI turut dibantu kru kapal Pedoman melepaskan ketulan abu al-Quran yang telah dikeringkan ke dalam laut.

Ia dilaksanakan ketika Program Pemuliaan Al-Quran JAWI dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia di perairan Pulau Indah, Selangor.

“Al-Quran mesti dipelihara kesuciannya pada setiap masa walau di mana-mana jua berada,” menurut JAWI menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Sementara itu Bernama melaporkan, pelepasan abu itu merupakan proses pemuliaan al-Quran selari dengan ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-30.

Program itu merupakan tindakan proaktif JAWI dalam memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kaedah pemuliaan al-Quran yang betul.

Ia sekali gus memelihara kesucian ayat-ayat suci al-Quran pada setiap masa. – Malaysiapost

Kreadit foto:Bernama

Komen