Pemilihan Speaker pada sidang Dewan Rakyat 19 Disember

Pemilihan Speaker pada sidang Dewan Rakyat 19 Disember

PEMILIHAN Speaker antara agenda utama pada Persidangan Dewan Rakyat yang akan bersidang selama dua hari bermula 19 Disember ini.

Tan Sri Azhar Azizan Harun adalah Speaker Dewan Rakyat ketika ini selepas dilantik dua tahun lalu.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Menurut surat jemputan dihantar kepada Ahli Parlimen hari ini, aturan mesyuarat pertama adalah pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ia diikuti sesi angkat sumpah oleh Ahli Parlimen yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pemilihan Timbalan Speaker.

Undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat turut diadakan pada persidangan kali ini. – Malaysiapost

Komen