Wira Piala Thomas 1992 bertemu dalam majlis reunion

Wira Piala Thomas 1992 bertemu dalam majlis reunion

WIRA Piala Thomas 1992 semalam bertemu kembali dalam majlis reunion sempena ulang tahun ke-30 muncul juara piala berprestij itu.

Ia juga kali terakhir pasukan Malaysia memenangi Piala Thomas yang ketika itu dilakukan di Kuala Lumpur iaitu di Stadium Negara menewaskan musuh tradisi, Indonesia.

Majlis reunion itu dihadiri semua wira Piala Thomas tersebut.

Mereka ialah tiga anak Allahyarham Datuk Sidek Abdullah Kamar – Rashid, Jalani dan Razif, selain Foo Kok Keong, Kwan Yoke Meng serta pasangan beregu, Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang.

Penganjuran majlis tersebut dikongsi Ahli Parlimen Muar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman yang turut hadir.

Turut bersama ialah Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Skuad negara muncul juara Piala Thomas pada 16 Mei 1992 selepas menewaskan Indonesia 3-2.

Kejayaan itu menamatkan 25 tahun penantian selepas kali terakhir Malaysia bergelar juara pada tahun 1967. – Malaysiapost

Komen