Agong kurnia 11 watikah pelantikan pewakilan Malaysia ke luar negara

Agong kurnia 11 watikah pelantikan pewakilan Malaysia ke luar negara

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 11 perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara hari ini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga berangkat ke istiadat itu yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baru dilantik ialah Duta Besar ke Emiriah Arab Bersatu, Datuk Seri Ahmad Fadil Samsuddin yang juga bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja; Duta Besar ke Vietnam, Datuk Tan Yang Thai dan Duta Besar ke Jerman, Dr Adina Kamarudin.

Agong kurnia 11 watikah pelantikan pewakilan Malaysia ke luar negara

Turut menerima watikah pelantikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Mohammad Azhar Mazlan; Duta Besar ke Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman; Duta Besar ke Uzbekistan, Ilham Tuah Illias dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki.

Selain itu, Duta Besar ke Senegal, Zainal Izran Zahari; Duta Besar ke Kazakhstan, Mohd Adli Abdullah; Duta Besar ke Laos, Edi Irwan Mahmud dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Badli Hisham Adam. – Malaysiapost

Komen