Anwar selesai menghadap Agong

Anwar selesai menghadap Agong

DATUK Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi.

Kenderaan membawa Perdana Menteri dilihat meninggalkan pekarangan pintu utama Istana Negara pada jam 9.16 pagi tadi.

Beliau menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hampir sejam, dipercayai mempersembah barisan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan.

Utusan Malaysia melaporkan, Anwar sempat menurunkan tingkap dan melambai kepada petugas media yang berkumpul bagi mengikuti perkembangan semasa pembentukan Kabinet.

Terdahulu Anwar tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 8.23 pagi tadi.

Semalam, Perdana Menteri dilaporkan berkata perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan hampir selesai dan berharap ia dapat diumumkan dalam masa terdekat.

Beberapa media melaporkan senarai sebahagian anggota Kabinet akan diumumkan petang ini. – Malaysiapost

Komen