Chegu Bard dakwa Najib diarah ditempatkan di hospital, bukan lagi penjara

Chegu Bard dakwa Najib diarah ditempatkan di hospital, bukan lagi penjara

SEORANG pemimpin Perikatan Nasional (PN) Johor meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab benarkah beliau mengarahkan Datuk Najib Razak ditempatkan di hospital, bukan lagi di penjara.

Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, mendakwa beliau mendapat maklumat daripada kem Pakatan Harapan (PH) yang kononnya tidak senang dengan tindakan Anwar.

“Menurut pemberi maklumat Najib sudah ‘dihadiahkan” untuk duduk di hospital bermula 29 November lepas. Ini katanya kaitan dengan rundingan pembentukan kerajaan bersama PH – Kleptokrat dan Perasuah.

“Cuba minta respon dari kenalan penjara dan hospital malangnya kali ini semua seolah ada arahan tutup mulut.

“Najib dibebaskan dari penjara untuk tahanan hospital 29 November?,” soalnya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Chegu Bard yang juga aktivis politik turut mendakwa, pemberi maklumat Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan hanya diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas pilihan raya Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman.

“Anwar tahu jika Padang Serai dan Tioman mereka kalah ia akan beri impak sangat negatif kepada kerajaan PH yang dia terajui,” dakwanya.

Semalam Najib dilapor dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut laporan, bekas Perdana Menteri itu dikatakan akan membuat rawatan susulan selepas diberi rawatan pada 23 September lalu. – Malaysiapost

Komen