Covid-19: 2,375 kes baharu, 11 kematian semalam 

Covid-19: 2,375 kes baharu, 11 kematian semalam 

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 11 kematian baharu akibat Covid-19 semalam. 

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,695 kes sejak virus tersebut melanda negara. 

Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, dua kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). 

Sementara itu, sebanyak 2,375 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan empat kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,956,093 kes. 

Selain itu, seramai 22,637 individu atau 92.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). 

Sebanyak 1,739 kes pula dirawat di hospital dan 91 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 57 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen