Kejayaan penyokong reformasi muncul dari gelombang kesedaran rakyat – Anwar

Kejayaan penyokong reformasi muncul dari gelombang kesedaran rakyat – Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim semalam bertemu penyokongnya yang bersama dari awal dalam memperjuang gerakan reformasi.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, berkata biarpun ada antara penggerak awal gerakan reformasi telah tiada tetapi pejuangan mereka masih diteruskan.

“Malam ini saya bersama dengan para pendukung yang setia yang menjadi antara penggerak awal gerakan reformasi.

“Meski ramai yang telah tiada, namun kejayaan kita hari ini ternyata terpacul dari gelombang kesedaran rakyat yang digerakkan pejuang massa,” katanya dalam hantaran Facebook, semalam.

Anwar berkata, beliau turut sedar kini muncul watak-watak yang mencari peluang memenuhi tembolok sendiri dan sanggup mengkhianati perjuangan.

“Namun, kita kini telah berada di fasa baharu di mana kita harus bekerja bersama dalam satu pasukan dengan tekad mengenai bagaimana semangat islah itu mampu diterjemahkan dalam bentuk kebijakan yang menggarap hak untuk semua.

“Saya menggesa teman-teman untuk terus menjadi jurubicara rakyat dan sebarkan mesej-mesej pencerahan demi rakyat terbanyak!,” katanya.

Beliau mengadakan Majlis Ramah Mesra Reformis di Kajang, malam tadi. – Malaysiapost

Komen