Menteri Kabinet yang baru dilantik angkat sumpah jam 3 petang esok.

Menteri Kabinet yang baru dilantik angkat sumpah jam 3 petang esok.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan semua menteri Kabinet yang baru dilantik akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada jam 3 petang esok.

Menurutnya, selepas mengangkat sumpah beliau akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri berkenaan esok bagi menjelaskan hala tuju dan kaedah baharu yang akan dilaksanakan dalam Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

PUTRAJAYA, 2 Dis — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra hari ini.–fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARAPUTRAJAYA, 2 Dec — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim spoke at the Unity Government Cabinet Announcement Press Conference at the Putra Perdana today.–fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED

“Setelah mengangkat sumpah jam 3 petang esok, insya-Allah dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, saya akan mengadakan pertemuan khas dengan menteri-menteri.

“Supaya beberapa peraturan dan hala tuju serta kaedah baru diperkenalkan dengan maksud memusatkan usaha dalam menjalankan kerja mereka dan mengelakkan segala kecurigaan tentang kemungkinan pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Saya telah menetapkan bahawa dalam Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang diutamakan adalah soal tata kelola dan tadbir urus yang baik, selain langkah-langkah yang harus diambil untuk meringankan beban rakyat,” katanya dalam sidang media pengumuman barisan Kabinetnya di pejabatnya di Putrajaya.

Beliau menegaskan fokus utama barisan Kabinet yang dibentuk adalah pemacuan ekonomi negara.

Anwar malam ini mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang membabitkan 28 menteri termasuk beliau yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan selain Perdana Menteri.

Beliau juga mengumumkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri yang masing-masing turut memegang portfolio kementerian lain. – Malaysiapost

Komen