Pemimpin PH Melaka kunjungi Ketua Menteri, Pengerusi BN negeri

Pemimpin PH Melaka kunjungi Ketua Menteri, Pengerusi BN negeri

KEPIMPINAN Pakatan Harapan (PH) Melaka hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pertemuan itu berlangsung di Pejabat Ketua Menteri Melaka.

Kunjungan oleh PH Melaka diketuai Pengerusinya, Adly Zahari serta beberapa wakil rakyat daripada gabungan itu.

Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Kunjungan hormat dilakukan ketika PH dan BN telah menjalinkan kerjasama di peringkat Persekutuan menerusi pembentukan kerajaan perpaduan.

BN dan PH turut bekerjasama dalam membentuk kerajaan negeri di Perak dan Pahang.

Untuk rekod, Melaka ditadbir oleh kerajaan BN yang memenangi dua pertiga majoriti pada Pilihan Raya Negeri (PRN), November 2021. – Malaysiapost

Komen