Perkhidmatan komuter percuma selama dua hari sempena Hari OKU Sedunia

Perkhidmatan komuter percuma selama dua hari sempena Hari OKU Sedunia

BERITA baik kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) berpeluang menikmati perjalanan percuma bagi perkhidmatan Komuter selama dua hari, bermula esok

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan, tawaran istimewa tersebut sempena sambutan Hari OKU Sedunia 2022.

“Khusus untuk golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“KTMB menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara selama dua hari pada 3 dan 4 Disember 2022.

“Dapatkan tawaran ini di semua kaunter KTM Komuter berdekatan anda,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media rasmi KTMB serta laman sesawang di www.ktmb.com.my. – Malaysiapost

Komen