Rompin dijangka banjir malam esok

Rompin dijangka banjir malam esok

JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan banjir di Rompin, mulai jam 8 malam esok.

JPS memaklumkan lokasi diramal banjir ialah di Jambatan Kampung Kedaik dan sekitarnya, lapor Bernama.

Menurut jabatan itu, ia berdasarkan ramalan Jabatan Mateorologi Malaysia dan hasil simulasi model ramalan banjir susulan amaran hujan berterusan (buruk).

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.

“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” kata JPS menerusi kenyataan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir. – Malaysiapost

Komen