Da’i Syed selamat bernikah dengan pengacara TV

Da’i Syed selamat bernikah dengan pengacara TV

PENDAKWAH selebriti, Da’i Syed, 27, selamat diijabkabulkan dengan pengacara TV, Nurul Hana Ismail, 36, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, sekitar jam 11 pagi tadi.

Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga wali, Ismail Dahwan dengan mas kahwin seutas gelang tangan emas.

Sementara itu, jumlah hantaran dirahsiakan serta tiada sebarang pertukaran dulang hantaran antara kedua-dua pengantin.

Majlis akad nikah yang dimulakan dengan acara Maulid itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Antara selebriti yang hadir adalah Datin Seri Umie Aida dan Irma Hasmie.

Majlis resepsi bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama di Magica Hall, Monterez Club, Shah Alam.

Pasangan itu, melangsungkan majlis pertunangan tertutup di kediaman Hana pada 23 Oktober lalu. – Malaysiapost

Komen