Maszlee harap menteri baharu teruskan agenda reformasi pendidikan

Maszlee harap menteri baharu teruskan agenda reformasi pendidikan

BEKAS Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berharap menteri baharu yang dilantik dapat meneruskan agenda reformasi pendidikan dasar dan tinggi berdasarkan kerangka New Education Model yang pernah disediakan pada 2019.

Beliau berkata, buku bertajuk CPR For Malaysian Education dan Reformasi Universiti Agenda Ternafi, hasil karangannya itu diharap menjadi rujukan bagi memacu reformasi pendidikan negara.

“Semoga dapat meneruskan agenda reformasi pendidikan dasar dan pendidikan tinggi berdasarkan kerangka New Education Model yang pernah disediakan pada tahun 2019.

“Semoga dua buku ini dapat membantu kedua-dua YBM (Yang Berhormat Menteri) untuk memacu reformasi pendidikan negara.

“Pesanan buat YBM Pendidikan, harap dapat jaga para guru dan pendidik yang merupakan obor hemah penyinar pertiwi,” katanya menerusi Facebook.

Maszlee berkata, buku Reformasi Universiti adalah himpunan saranan pakar dan pengkaji untuk mengangkat Pengajian Tinggi negara.

“Gagasan ide reformasi di bumantara pendidikan tinggi ini hampir dilaksanakan jika tidak berlakunya perubahan kerajaan pada 2020.

“Boleh dapatkan naskah anda di reruai Kedai Dr Maszlee di Selangor International Book Fair, Shah Alam,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Pendidikan Tinggi baharu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal yang juga Ketua Wanita PKR sebagai Menteri Pendidikan yang baharu. – Malaysiapost

Komen