Muhyiddin juga akan lantik Zahid TPM jika berkuasa, dakwa Mukhriz

Muhyiddin juga akan lantik Zahid TPM jika berkuasa, dakwa Mukhriz

PRESIDEN Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yakin Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Mukhriz berkata, Muhyiddin juga akan membuat tindakan sama seperti yang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gabungan itu tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.

“Walaupun saya tidak bersetuju dengan pelantikan Zahid sebagai TPM, saya pasti Muhyiddin akan melakukan perkara yang sama jika BN berpihak kepadanya dan PN. Begitulah kuasa kleptokrat” ciapnya di Twitter, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa Anwar Ibrahim telah menggadai prinsip tatakelola baik seperti yang dijaja semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila melantik kleptokrat menganggotai kabinet.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, pengumuman Kabinet baharu adalah paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila individu mempunyai 47 pertuduhan jenayah pecah amanah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri.

“Kabinet kleptokrat yang tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat ini tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara,” katanya. – Malaysiapost

Komen