Amaran hujan berterusan ditamatkan

Amaran hujan berterusan ditamatkan

AMARAN Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) untuk enam negeri, semalam ditamatkan hari ini.

Ketua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah, berkata ia susulan keadaan cuaca di negeri-negeri berkenaan iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan dan Terengganu dijangka bertambah baik.

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan pada jam 5.30 petang, semalam untuk kawasan-kawasan berkenaan dengan ini ditamatkan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi METMalaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia 1-309-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

METMalaysia semalam mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) susulan ramalan hujan berterusan dijangka berlaku di enam negeri terbabit.

Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir dijangka berlaku melebihi tempoh enam jam di sesuatu kawasan. – Malaysiapost

Komen