Wan Junaidi nafi dipilih Speaker Dewan Rakyat

Wan Junaidi nafi dipilih Speaker Dewan Rakyat

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang notis atau pemakluman diterimanya untuk mengisi jawatan yang sudah dikosongkan Tan Sri Azhar Azizan Harun.

“Macam mana laporan boleh sebut nama saya macam itu sahaja. Notis 14 hari hendak diberikan.

“Kalau saya tidak ditanya, maksudnya, bukanlah saya (ditawarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat), mudah sahaja,” katanya lapor Sinar Harian.

Sehingga kini dua nama yang disebut-sebut paling layak menggantikan Azhar Azizan ialah Wan Junaidi dan Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof.

Mohamad Ariff mempunyai pengalaman menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama tempoh 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Difahamkan, esok adalah hari terakhir bagi pemakluman dan pemberian notis berhubung pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat kepada Setiausaha Dewan Rakyat sebelum persidangan Parlimen berlangsung 19 Disember ini. – Malaysiapost

Komen