Hadi dipanggil ke IPD Sentul petang ini

Hadi dipanggil ke IPD Sentul petang ini

POLIS dipercayai memanggil Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan dibuat terhadapnya sebelum ini.

Menurut pembantu Abdul Hadi seperti dilapor Free Malaysia Today (FMT), Abdul Hadi akan berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada jam 3 petang ini.

Ia dipercayai bagi proses untuk dirakam keterangannya.

Abdul Hadi sebelum ini mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa, selain menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu ‘tidak bermoral’. – Malaysiapost

Komen