Harga baharu telur lebih murah esok -PM

Harga baharu telur lebih murah esok -PM

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu akan mengumumkan harga baharu telur yang lebih rendah, esok.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan perbincangan dengan Mohamad

Anwar menjelaskan, pelaksanaan itu diharap dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kartel selama ini.

“Ada beberapa langkah diambil yang diharap akan diumumkan oleh beliau (Mohamad) esok dengan harga lebih rendah kerana mengurangkan kebergantungan kepada kartel.

“Jadi, kita harap jumlah pengedaran telur dalam pasaran cukup dan harganya akan dikurangkan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ketika ini, harga siling bagi telur di Semenanjung mengikut jenis gred iaitu telur Gred A ialah 45 sen; 43 sen bagi telur Gred B; dan 41 sen bagi telur Gred C.

Manakala di Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan pula, harga siling berbeza mengikut zon dan daerah. -Malaysiapost

Komen