Jemaah menteri potong gaji 20 peratus setiap bulan- PM

Jemaah menteri potong gaji 20 peratus setiap bulan- PM

KABINET bersetuju untuk memotong gaji anggota jemaah menteri sebanyak 20 peratus, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata jemaah menteri melakukan pengorbanan itu sebagai kesedaran terhadap masalah yang dihadapi rakyat ketika ini.

“Jemaah menteri setuju bahawa semangat (memahami) masalah rakyat, untuk (mereka) potong gaji (menteri) 20 peratus setiap bulan sehingga ekonomi pulih.

“Potong gaji tidak wajar, tapi saya ucap terima kasih atas kesediaan mereka melakukan sedikit pengorbanan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Pemotongan gaji anggota Kabinet adalah salah satu janji Anwar sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri.

Selain itu Anwar juga berjanji untuk tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa beliau mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan, Anwar berkata dakwaan itu tidak benar.

“Ada orang kata Anwar dia tak ambil gaji Perdana Menteri, dia ambil gaji Menteri Kewangan, (itu) tak betul, gaji satu saja,” katanya.- Malaysiapost

Kredit foto: Jabatan Perdana Menteri

Komen