Membela kaum memang ada dalam ajaran Islam – Tuan Ibrahim

Membela kaum memang ada dalam ajaran Islam – Tuan Ibrahim

Kerjasama PAS dengan mana-mana parti sentiasa berpandukan prinsip, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, prinsip PAS bukan sekadar atas nama kaum, tetapi kerana tuntutan syarak.

“Membela kaum memang terdapat dalam ajaran Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan bahawa PAS kini menjadi pilihan utama pengundi Melayu di Malaysia.

Ia selepas PAS memperoleh 43 kerusi, hampir dua kali ganda meninggalkan Umno.

Menurut analisis dikeluarkan Bridget Welsh, PAS bersama Perikatan Nasional (PN) mendapat undi majoriti Melayu dengan 54 peratus.

BN pula sekadar 33 peratus dan PH 11 peratus. – Malaysiapost

Komen