Syed Saddiq ajak semua pihak bina Malaysia dengan integriti, bermaruah

Syed Saddiq ajak semua pihak bina Malaysia dengan integriti, bermaruah

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini berkongsi beliau melawat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Presiden MUDA itu, Walaupun berada dalam parti yang berlainan, hormat beliau Muhyiddin tetap kekal.

“Pilihan raya sudah tamat, kini masa untuk fokus berkhidmat. Hormat kawan dan lawan. Dua jam berbual.

“TSMY (Muhyiddin) juga pengundi saya di Muar. Jasanya banyak,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Syed Saddiq seterusnya mengajak semua pihak untuk membina Malaysia yang ditadbir dengan integriti dan bermaruah, negara di mana semua rakyat berasa berada di rumah.

Tegasnya, beliau adalah seorang yang teguh percaya kepada konsep bipartisan.

“Untuk Malaysia jadi negara maju, perlu ada keberanian untuk berkhidmat merentasi sempadan politik.

“Kami memerlukan kerajaan yang kuat dan stabil dengan pembangkang yang berkesan untuk memacu Malaysia ke hadapan. Masa untuk fokus bina semula Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

Komen