Terima kenyataan, henti pertikai kuasa Agong – PM

Terima kenyataan, henti pertikai kuasa Agong – PM

SEMUA pihak termasuk pembangkang perlu berhenti mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menyelesaikan isu pelantikan Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 dibuat berdasarkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong mengikut kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Anwar meminta semua pihak menerima kenyataan pelantikan berkenaan.

“Sudah tiba masanya untuk menerima kenyataan ini dan jangan pertikaikan kuasa dan kebijaksanaan Agong (pelantikan Perdana Menteri),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar berkata perkara itu perlu diperjelas bagi mengelak tohmahan dan kekeliruan mengenai fakta dan kronologi pelantikan Perdana Menteri pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutunya, walaupun bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa mempunyai sokongan 115 Ahli Parlimen, tetapi belum tempoh had ditetapkan pada jam 2 petang keesokkannya.

“Sembilan Ahli Parlimen Umno pun menarik (balik sokongan terhadap Muhyiddin), selain GPS (Gabungan Parti Sarawak) telah memberi perakuan untuk menyerahkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskannya.

“Maka, jumlah itu (sokongan terhadap Muhyiddin) sudah tentunya dipertikaikan dan ia dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja yang kemudian membuat keputusan sebulat suara menetapkan calon Perdana Menteri yang baharu,” katanya. – Malaysiapost

Komen