Abang Muhyiddin meninggal dunia

Abang Muhyiddin meninggal dunia

BEKAS Ahli Parlimen Muar, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin meninggal pada usia 90 tahun hari ini.

Allahyarham adalah abang kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita itu dikongsi menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Bersatu sebentar tadi.

Abdul Aziz adalah anak kedua daripada 10 adik-beradik. – Malaysiapost

Komen