Anwar minta jangan panggil ‘papa’

Anwar minta jangan panggil ‘papa’

TIDAK seperti bekas Perdana Menteri sebelum ini yang menerima digelar ‘abah’ atau ‘pak long’, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian ramai kerana meminta jangan memanggilnya dengan sebarang gelaran seperti ‘papa’

Menerusi ciapan di Twitter, Perdana Menteri memberi bayangan menolak apabila disapa ‘papa’ oleh seorang pengguna di laman itu, hari ini.

Hal tersebut berlaku selepas seorang pengguna meninggalkan komen di Twitter Presiden PKR itu dengan menulis “Selamat pagi papa”.

Ciapan pengguna terbabit dibalas Anwar yang kemudiannya meminta individu tersebut tidak memanggilnya dengan panggilan itu.

“Please don’t do that (Tolong jangan buat seperti itu),” tulis Anwar ringkas.

https://twitter.com/mirulwrld/status/1599939702983127040?s=21&t=kIsLHcyoIOH7gmm4JIHJhw

Rata-rata pengguna media sosial tertarik dengan respon Anwar itu dan meninggalkan komen-komen lucu di hantaran tersebut.

“Hahaha..kan dan kena. Sudahlah tidak payah papa-papa sangat,” kata Ayien 982.

“Tolong jangan padam ciapan ni, terhibur aku baca respon PM,” ujar GenY2.

“Ah sudah…kena reject terang-terangan bro ni,” tulis Taufik_mahmud.

Sebelum ini, dua bekas Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan panggilan ‘abah’ serta ‘pak long’ untuk merapatkan lagi hubungan mereka dengan rakyat. – Malaysiapost

Komen