Anwar mula tugas Menteri Kewangan

Anwar mula tugas Menteri Kewangan

SELEPAS 24 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan, secara rasmi hari ini.

Beliau tiba di kementerian tersebut pada pukul 7.57 pagi, melakukan imbasan di mesin kedatangan sebagai tanda memulakan tugas di kementerian itu.

Ketibaan beliau disambut kira-kira 100 pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Kewangan.

Anwar kemudian terus ke pejabatnya di Tingkat 12 di kementerian itu untuk mempengerusikan mesyuarat bersama pegawainya.

Pada 25 November lalu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu secara rasminya memulakan tugas sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Beberapa penasihat dilaporkan akan membantu dalam urusan Kementerian Kewangan yang diketuai Penasihat Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Anwar, 75, pernah memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1998 di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – Malaysiapost

Kredit Foto Kosmo

Komen