Kedah ikat Nafuzi 2 tahun

Kedah ikat Nafuzi 2 tahun

KEDAH Darul Aman FC (KDA FCA) menandatangani khidmat bekas ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain selama dua tahun.

Majlis menandatangani kontrak bersama pengendali berusia 44 tahun itu berulang di House of Sang Kenari, Kompleks Alor Setar di Kedah pagi tadi.

“Nafuzi akan meneruskan legasi Sang Kenari dan memberi keutamaan kepada pemain muda Kedah yang terbukti telah mengeluarkan pemain berbakat di Malaysia.

“Nafuzi yang sebelum ini mengendalikan Terengganu FC, merekodkan kejayaan cemerlang dan resepi beliau ditagih Sang Kenari untuk meneruskan legasi sebelum ini,” kata KDA FC menerusi hantaran di Facebooknya.

Kelab itu turut memaklumkan latihan pasukan Liga Super Kedah dijangka melakukan persiapan pra-musim bermula awal Januari 2023.

Nafuzi yang pernah mewakili Kedah pada 2007, mula berkhidmat bersama pasukan Terengganu FC bermula tahun 2018 sehingga 2022.

Untuk rekod bagi tahun ini, beliau membawa skuad Penyu muncul naib juara Piala FA dan menamatkan Liga Super di tempat kedua sekali gus membawa pasukan ke pentas Asia musim depan. – Malaysiapost

Komen